Monday, January 4, 2010

Makan Angin Semasa Cuti Sekolah (sambungannya)

Selepas main air dan tengok buaya kami semua bersiap nak meninggalkan Taman Buaya, hujan pula mula turun. Keluarga Abang Halim dan Awang meneruskan perjalanan ke KL untuk menjemput Mak Unggal yang akan sampai dari Tanah Suci pada keesokan harinya. Bagaimana pun sampai sahaja di Senawang kereta Abang Halim telah terlibat dalam kemalangan.

Beginilah rupanya kereta Abang Halim yang agak remuk jugalah. Tak apalah Abang Halim ini semua adalah peringatan kepada kita semua bahawa kemalangan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Mujurlah hanya musibah material sahaja tanpa melibatkan musibah fizikal kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak serta pengguna lebuhraya yang lain. Syukur alhamdulillah.....

Sunday, January 3, 2010

Makan Angin Semasa Cuti Sekolah


Tengok apa ramai-ramai tu.....


Ohhh.... tengok buaya.....


Memang dasar lelaki buaya.....


Keluarga Awang ada...


Keluarga Hafiz pun ada.... maklumlah tiket masuk ke Taman Buaya semua Abang Halim sponsored...


Sebelum tu main air yang keruh dan berkeladak di Taman Air